Kelas Ms Powerpoint (Ulang kaji)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 10 November 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Powerpoint yang dihadiri oleh 5 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara asas penggunaan program Ms Powerpoint dan sesi ulang kaji iaitu mengimbas kembali sesi pembelajaran yang lepas.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang cara mengambil dan menyimpan gambar di desktop komputer sebelum digunakan di dalam Ms Powerpoint. Kemudian peserta diajar memasukkan gambar ke dalam slide dan menyelitkan penggunaan transition dan animation untuk menjadikan gambar bergerak dan kelihatan lebih menarik. Setiap peserta diharap boleh memanfaatkan ilmu ini untuk digunakan pada masa akan datang.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali